Sunday, March 2, 2014

Saman Penonton??

Tadi baru sahaja berlangsung perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Filipina. Perlawanan persahabatan ini diadakan di Malaysia. Ramai penyokong pasukan negara membanjiri stadium untuk melihat sendiri perlawanan persahabatan ini. Namun begitu, terdapat juga segelintir penyokong Filipina yang mana kebanyakan mereka merupakan pekerja yang bekerja di Malaysia yang berasal dari Filipina.


Persembahan Keseluruhan

Secara keseluruhannya, corak permainan pasukan negara boleh dibanggakan. Walaupun dibimbing oleh jurulatih sementara namum corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan negara jauh lebih baik dari sebelum ini.

Dibarisi pemain-pemain yang sangat berpengalaman dengan beberapa muka baru untuk bermain bersama. Barisan pertahanan menjalankan tugas yang sangat bagus. Bagitu juga dengan permain ditengah. Hantaran-hantaran yang merbahaya dan boleh memberi kelebihan kepada pasukan negara. 

Walaubagaimana bagus barisan pertahanan dan permain tengah jika penyerang tidak menjaringkan gol maka ianya sia-sia sahaja. Begitulah yang boleh dikatakan kepada barisan penyerang negara. Terlalu banyak peluang yang boleh ditukarkan kepada jaringan tetapi setiap gerakan dan cubaan barisan penyerang menemui jalan buntu. 

Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan dan penjaga gol pasukan Filipina kerana berjaya menyekat kemaraan pasukan negara untuk menjaringkan gol. Pasukan Filipina bukanlah pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan persahabatan ini tetapi mereka mencuba sedaya upaya untuk memberi saingan kepada pasukan negara. Ternyata mereka mampu memberi saingan kepada pasukan negara dengan menyekat segala serangan dan memberikan jaringan kepada pasukan negara.


Tingkah Laku Penonton

MEMALUKAN. 

Mungkin itu ayat yang sesuai diberikan kepada penonton yang hadir pada perlawanan ini. Bukan semua penonton bertindak sedemikian tetapi segelintir penonton yang kurang menggunakan minda sebelum melakukan sesuatu. 

Tindakan membaling bom asap bukanlah satu tindakan yang bijak. Ianya mencerminkan betapa kurang penguatkuasaan yang dilakukan kepada penonton yang hadir. Ianya juga mencerminkan bahawa penonton negara kita tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. 

Perlukah saman dikeluarkan kepada penonton yang terlibat?? Mungkin ianya mustahil untuk dilakukan kerana ianya akan mengakibatkan kemarahan penonton. Jika tidak diambil tindakan maka selepas ini mungkin perkara yang lebih hebat akan terjadi. 

Selepas ini tidak mustahil jika pemain negara bermain di stadium yang tiada penonton kerana dengan tingkah laku penonton yang bertindak diluar kawalan akan memburukkan lagi imej bola sepak negara.

Ps: Pemainan dah ok...penonton pulak buat hal..Tolong lah bertindak mengikut akal dan bukannya nafsu atau hati.

Sunday, February 23, 2014

Bola Sepak: Arsenal vs Sunderland

Semalam berlangung pertandingan bola sepak antara 2 kelab di Liga Inggeris iaitu Arsenal dan Sunderland. Hasil dari pengamatan aku, terdapat beberapa review yang aku ingin kongsikan.


Arsenal:

Pasukan yang terkenal dengan corak permainan hantaran pendek dan hantaran-hantaran yang sukar untuk dijangka. Ketiadaan perancang utama iaitu Mesut Ozil, Arsenal mampu untuk memenangi perlawanan ini.

Pada pengamatan aku, penjaga gol memain peranan yang mudah dalam perlawanan ini kerana kurang serang yang diberikan oleh pasukan Sunderland. 

Barisan pertahanan yang cemerlang dengan berjaya menagkis dan menyekat semua serangan yang dibuat oleh pihak lawan. 

Barisan pertahanan yang diketuai oleh Kocielny dan Metersacker ianya tiada tandingan oleh pihak lawan. Kredit aku berikan kepada Bacary Sagna kerana larian overlap yang dibuat membantu barisan serangan untuk menghasilkan jaringan.

Bagi barisan tengah pula, kredit aku berikan kepada Santi Carzola, Tomas Rocisky dan Jack Whilshere. 2 orang perancang yang kreatif dengan hantaran yang boleh menghasilkan jaringan. 

Oliver Giroud masih lagi dianggap biasa pada perlawanan ini. Tiada gerakan yang dianggap merbahaya dari pemain ini.


Sunderland:

Pasukan yang masih bergolak dari kedudukan dibawah liga ini masih tercari-cari ramuan untuk memenangi perlawanan yang dihadapi.

Kelemahan barisan pertahanan menyebabkan pasukan lawan mudah untuk menembusi benteng yang dibina dan menjaringkan jaringan.

Aku tidak mahu menyalahkan pemain tetapi taktik yang digunakan adalah tidak sesuai. Pengurus dan Jurulatih pasukan perlu dipersalahkan dan perlu melihat semula strategi pasukan apabila menentang pasukan hebat.

Strategi yang sesuai perlu diterapkan untuk memastikan tiada jaringan yang boleh dibuat oleh pihak lawan.

Ps: Tahniah kepada pasukan Arsenal kerana berjaya memenangi perlawanan ini dan sekali gus emberi saingan kepada kedudukan di carta liga.

Wednesday, February 19, 2014

Badminton - Lin Dan dan Chong Wei bukan lagi musuh tradisi

Siapa yang tidak kenal dengan musuh tradisi dalam perseorangan badminton iaitu Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei. 

Setiap kali pertandingan badminton perseorangan lelaki, semua mata peminat badminton ingin melihat kedua-dua permain perseorangan ini bertemu di pertandingan akhir. 

Pertemuan bagi kedua-dua jaguh badminton ini amat dinantikan kerana mereka merupakan jaguh yang tiada tandingannya. Pemain dari Negara China, Lin Dan sangat tidak asing lagi dengan corak pemainan yang sungguh aggresif. Musuh tradisinya Datuk Lee Chong Wei juga merupakan pemain yang aggresif dan pantas. 

Rekod pertemuan kedua-dua pemain ini memihak kepada jaguh dari negara China, Lin Dan. Walaupun Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain no 1 dunia tetapi rekod pertemuan kedua-dua jaguh badminton ini masih belum memihak kepada Datuk Lee Chong Wei.

Baru-baru ini di negara China, diadakan satu pertandingan amal. Pada pertandingan ini, buat pertama kalinya Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei di gandingkan bersama untuk menentang bekas bergu no 1 dunia iaitu Chai Yun dan Fu Hai Feng.

Pertandingan ini menunjukkan bahawa musuh tradisi ini boleh bergabung dan memberi tentangan yang hebat kepada bekas bergu no 1 dunia ini.

Pertunjukkan pertandingan hebat ini boleh ditonton di youtube. Di sini santai sukan berikan video untuk tontonan semua. Harap semua enjoy!!!

MAKLUMAN

Semua artikel yang dipaparkan adalah dari pandangan peribadi penulis dan ianya tiada berkaitan dengan mana-mana pihak, organisasi atau pertubuhan.

Jika pembaca gerakanminda.blogspot ada sebarang artikel atau nukilan yang ingin dikongsikan bersama boleh emelkan terus ke cucutokjanggut11@gmail.com