Sunday, March 2, 2014

Saman Penonton??

Tadi baru sahaja berlangsung perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Filipina. Perlawanan persahabatan ini diadakan di Malaysia. Ramai penyokong pasukan negara membanjiri stadium untuk melihat sendiri perlawanan persahabatan ini. Namun begitu, terdapat juga segelintir penyokong Filipina yang mana kebanyakan mereka merupakan pekerja yang bekerja di Malaysia yang berasal dari Filipina.


Persembahan Keseluruhan

Secara keseluruhannya, corak permainan pasukan negara boleh dibanggakan. Walaupun dibimbing oleh jurulatih sementara namum corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan negara jauh lebih baik dari sebelum ini.

Dibarisi pemain-pemain yang sangat berpengalaman dengan beberapa muka baru untuk bermain bersama. Barisan pertahanan menjalankan tugas yang sangat bagus. Bagitu juga dengan permain ditengah. Hantaran-hantaran yang merbahaya dan boleh memberi kelebihan kepada pasukan negara. 

Walaubagaimana bagus barisan pertahanan dan permain tengah jika penyerang tidak menjaringkan gol maka ianya sia-sia sahaja. Begitulah yang boleh dikatakan kepada barisan penyerang negara. Terlalu banyak peluang yang boleh ditukarkan kepada jaringan tetapi setiap gerakan dan cubaan barisan penyerang menemui jalan buntu. 

Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan dan penjaga gol pasukan Filipina kerana berjaya menyekat kemaraan pasukan negara untuk menjaringkan gol. Pasukan Filipina bukanlah pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan persahabatan ini tetapi mereka mencuba sedaya upaya untuk memberi saingan kepada pasukan negara. Ternyata mereka mampu memberi saingan kepada pasukan negara dengan menyekat segala serangan dan memberikan jaringan kepada pasukan negara.


Tingkah Laku Penonton

MEMALUKAN. 

Mungkin itu ayat yang sesuai diberikan kepada penonton yang hadir pada perlawanan ini. Bukan semua penonton bertindak sedemikian tetapi segelintir penonton yang kurang menggunakan minda sebelum melakukan sesuatu. 

Tindakan membaling bom asap bukanlah satu tindakan yang bijak. Ianya mencerminkan betapa kurang penguatkuasaan yang dilakukan kepada penonton yang hadir. Ianya juga mencerminkan bahawa penonton negara kita tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. 

Perlukah saman dikeluarkan kepada penonton yang terlibat?? Mungkin ianya mustahil untuk dilakukan kerana ianya akan mengakibatkan kemarahan penonton. Jika tidak diambil tindakan maka selepas ini mungkin perkara yang lebih hebat akan terjadi. 

Selepas ini tidak mustahil jika pemain negara bermain di stadium yang tiada penonton kerana dengan tingkah laku penonton yang bertindak diluar kawalan akan memburukkan lagi imej bola sepak negara.

Ps: Pemainan dah ok...penonton pulak buat hal..Tolong lah bertindak mengikut akal dan bukannya nafsu atau hati.

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Semua artikel yang dipaparkan adalah dari pandangan peribadi penulis dan ianya tiada berkaitan dengan mana-mana pihak, organisasi atau pertubuhan.

Jika pembaca gerakanminda.blogspot ada sebarang artikel atau nukilan yang ingin dikongsikan bersama boleh emelkan terus ke cucutokjanggut11@gmail.com